Saturday 6 February 2016

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

Perakaunan Pendapatan Negara

KONSEP PENDAPATAN NEGARA

1. Pendapatan Negara
 -jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatanyang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun

2. KDNK

-jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam sesebuah negara tanpa mengira sama ada menggunakan faktor pengeluaran milik negara atau milik asing

3. KNK

-jumlah barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran milik negara sahaja tanpa mengira sama ada berada dalam negara atau berada di luar negara

4. KNB

- jumlah barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara setelah diambil kira susutniali

5. KNKhp

-jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dikira berdasarkan harga yang dibayar oleh pengguna / harga yang dijual di pasaran

6. KNKhf

-jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dikira berdasarkan harga yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik faktor pengeluaran

7. KNK benar

-jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dikira berdasarkan harga pada satu tahun asas / harga pada tahun lain

8. KNK nominal / KNK semasa / KNK sebenar

-jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan sesebuah negara dikira berdasarkan harga pada tahun berkenaan

9. Pendapatan faktor bersih dari luar (FBL)

- perbezaan di antara pendapatan faktor dari luar dengan pembayaran faktor ke luar negeri

FBL = pendapatan faktor dari luar - pembayaran faktor ke luar

Pendapatan faktor dari luar - pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran milik negara yang bekerja di luar negara
Pembayaran faktor ke luar - pembayaran yang dibuat kepada faktor pengeluaran asing yang bekerja dalam sesebuah negara

10. Susutnilai 

-kemerosotan nilai barang modal yang digunakan dalam proses pengeluaran

11. Subsidi

-bantuan kerajaan kepada pengeluar atau pengguna

12. Cukai tak langsung

-beban cukai yang boleh dipindahkan kepada orang lain seperti cukai jualan

13. Cukai langsung

-beban cukai yang tidak boleh dipindahkan kepada orang lain seperti cukai pendapatan individu

14. Inventori / stok

-barang akhir /separuh siap yang masih belum dipasarkan 

15. Bunga bersih

-bunga keatas barang modal yang menyumbang kepada tambahan keluaran negara

16. Bunga atas pinjaman pengguna

-pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana meminjamkan modal wang mereka kepada pengguna untuk membeli barang-barang tahan lama

17. Bunga atas pinjaman kerajaan

-pendapatan yang diterima pemilik modal kerana meminjamkan modal wang mereka kepada kerajaan untuk perbelanjaan kerajaan yang tidak melibatkan proses pengeluaran

18. Nilai ditambah

-tambahan nilai barang setelah melalui proses pengeluaran dalam kegiatan ekonomi

19. Perbelanjaan penggunaan swasta

-perbelanjaan penggunaan isi rumah keatas barang akhir dan perkhidmatan 

20. Perbelanjaan penggunaan awam.

-perbelanjaan kerajaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan

21. Pembentukan modal kasar / pelaburan kasar

-perbelanjaan pelaburan sektor swasta dan kerajaan keatas barang modal

22. Eksport

-aktiviti menjual barang atau perkhidmatan ke negara asing

23. Import

-aktiviti membeli barang atau perkhidmatan dari negara asing

24. Eksport bersih

-perbezaan diantara eksport barang dan perkhidmatan dengan import barang dan perkhidmatan

Eksport bersih = Eksport - Import

25. Pendapatan per kapita

-pendapatan purata setiap penduduk di sesebuah negara dalam tempoh satu tahun

Pendapatan per kapita = Pendapatan negara 
                                         Bilangan penduduk

No comments:

Post a Comment