Saturday, 6 February 2016

PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

Perakaunan Pendapatan Negara

KONSEP PENDAPATAN NEGARA

1. Pendapatan Negara
 -jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatanyang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh satu tahun

2. KDNK

-jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam sesebuah negara tanpa mengira sama ada menggunakan faktor pengeluaran milik negara atau milik asing

3. KNK

-jumlah barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran milik negara sahaja tanpa mengira sama ada berada dalam negara atau berada di luar negara

4. KNB

- jumlah barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara setelah diambil kira susutniali

5. KNKhp

-jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dikira berdasarkan harga yang dibayar oleh pengguna / harga yang dijual di pasaran

6. KNKhf

-jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dikira berdasarkan harga yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik faktor pengeluaran

7. KNK benar

-jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dikira berdasarkan harga pada satu tahun asas / harga pada tahun lain

8. KNK nominal / KNK semasa / KNK sebenar

-jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan sesebuah negara dikira berdasarkan harga pada tahun berkenaan

9. Pendapatan faktor bersih dari luar (FBL)

- perbezaan di antara pendapatan faktor dari luar dengan pembayaran faktor ke luar negeri

FBL = pendapatan faktor dari luar - pembayaran faktor ke luar

Pendapatan faktor dari luar - pendapatan yang diterima oleh faktor pengeluaran milik negara yang bekerja di luar negara
Pembayaran faktor ke luar - pembayaran yang dibuat kepada faktor pengeluaran asing yang bekerja dalam sesebuah negara

10. Susutnilai 

-kemerosotan nilai barang modal yang digunakan dalam proses pengeluaran

11. Subsidi

-bantuan kerajaan kepada pengeluar atau pengguna

12. Cukai tak langsung

-beban cukai yang boleh dipindahkan kepada orang lain seperti cukai jualan

13. Cukai langsung

-beban cukai yang tidak boleh dipindahkan kepada orang lain seperti cukai pendapatan individu

14. Inventori / stok

-barang akhir /separuh siap yang masih belum dipasarkan 

15. Bunga bersih

-bunga keatas barang modal yang menyumbang kepada tambahan keluaran negara

16. Bunga atas pinjaman pengguna

-pendapatan yang diterima oleh pemilik modal kerana meminjamkan modal wang mereka kepada pengguna untuk membeli barang-barang tahan lama

17. Bunga atas pinjaman kerajaan

-pendapatan yang diterima pemilik modal kerana meminjamkan modal wang mereka kepada kerajaan untuk perbelanjaan kerajaan yang tidak melibatkan proses pengeluaran

18. Nilai ditambah

-tambahan nilai barang setelah melalui proses pengeluaran dalam kegiatan ekonomi

19. Perbelanjaan penggunaan swasta

-perbelanjaan penggunaan isi rumah keatas barang akhir dan perkhidmatan 

20. Perbelanjaan penggunaan awam.

-perbelanjaan kerajaan ke atas barang akhir dan perkhidmatan

21. Pembentukan modal kasar / pelaburan kasar

-perbelanjaan pelaburan sektor swasta dan kerajaan keatas barang modal

22. Eksport

-aktiviti menjual barang atau perkhidmatan ke negara asing

23. Import

-aktiviti membeli barang atau perkhidmatan dari negara asing

24. Eksport bersih

-perbezaan diantara eksport barang dan perkhidmatan dengan import barang dan perkhidmatan

Eksport bersih = Eksport - Import

25. Pendapatan per kapita

-pendapatan purata setiap penduduk di sesebuah negara dalam tempoh satu tahun

Pendapatan per kapita = Pendapatan negara 
                                         Bilangan penduduk

Friday, 5 February 2016

Pengenalan PENGGAL 2

PENGENALAN

Definisi :

1) Isi Rumah     :     Individu atau sekumpulan individu yang tinggal dalam sesebuah rumah dan membuat keputusan ekonomi bersama-sama

     2) Firma            :     Organisasi yang menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan

     3) Kerajaan        :     Penentuan sesebuah negara mengawal dan melaksanakan undang-undang

     4) Sektor Luar    :             Unit ekonomi yang menjalankan eksport dan import dengan sektor firma negara itu

[Bab3a.jpg]

Aliran Pusingan Pendapatan Negara Ekonomi 2 Sektor



Aliran Pusingan Pendapatan Negara Ekonomi 3 Sektor


Aliran Pusingan Pendapatan Negara Ekonomi 4 Sektor

Isi rumah menerima pendapatan daripada sektor firma melalui pasaran faktor. Pendapatan itu dibelanjakan sebahagiannya untuk membeli barang dan perkhidmatan melalui pasaran barang, sebahagian lagi digunakan untuk membayar cukai kepada kerajaan, sementara bakinya ditabung dalam institusi kewangan.

Sektor firma menerima pembayaran perbelanjaan penggunaan isi rumah. Pembayaran itu digunakan sebahagiannya untuk membayar pekhidmatan faktor melalui pasaran faktor, sebahagian lagi digunakan untuk membayar cukai kepada kerajaan. Firma juga membuat pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan.

Sektor kerajaan menerima cukai daripada isi rumah dan firma. Cukai digunakan untuk menyediakan barang dan perkhidmatan awam untuk isi rumah dan firma.

Institusi kewangan berperanan sebagai penerima tabungan daripada isi rumah dan memberi pinjaman kepada firma untuk membuat pelaburan.

ISU MAKROEKONOMI

A) Definisi inflasi   :   Inflasi adalah keadaan di mana kenaikan tingkat harga umum secara berterusan
    
    Sebab inflasi perlu ditangani   :   

    i)Kos sara hidup meningkat. Ini menyebabkan masyarakat terpaksa berbelanja lebih dan kesannya         menjejaskan taraf hidup masyarakat
   ii)Pendapatan benar menurun. Ini akan menyebabkan kuasa beli berkurang
  iii)Tabungan negara berkurang. Ini akan menyebabkan pengumpulan stok modal berkurang
  iv)Daya saing eksport terjejas. Ini kerana harga eksport meningkat da kesannya menjejaskan                    imbangan pembayaran
   v)Merugikan pemiutang dan menguntungkan penghutang.Ini kerana nilai benar yang dibayar lebih         rendah daripada nilai benar pinjaman diberi
 vi)Agihan pendapatan tidak setara. Ini kerana inflasi akan menjejaskan golongan miskin dan                     kesannya kemiskinan mutlak akan meningkat
 vii)Susutnilai wang tempatan. Ini menyebabkan kos input mahal dan aliran modal akan terjejas

Langkah menangani inflasi :

  i)Dasar fiskal menguncup 
- menurunkan perbelanjaan kerajaan
 *Ini akan mengurangkan perbelanjaan agregat. Kesannya permintaan agregat akan berkurang. Maka harga akan turun
 - meningkatkan cukai
 *Ini akan mengurangkan pendapatan boleh guna. Kesannya penggunaan akan berkurang. Oleh itu, perbelanjaan agregat akan berkurang. Maka permintaan berkurang dan harga akan menurun

  ii)Dasar kewangan menguncup
 - mengurangkan bekalan wang atau menaikkan kadar bunga dengan menjual surat jaminan kerajaan/ meningkatkan rizab berkanun. Ini akan mengurangkan bekalan wang di pasaran. Ini menyebabkan     kuasa beli masyarakat jatuh. Ini akan mengurangkan tekanan harga barang

iii)Dasar kawalan langsung
 - kawalan kerajaan terhadap kegiatan ekonomi melalui undang-undang dan peraturan melalui dasar harga maksimum keatas barang-barang kawalan. Ini dapat mengurangkan kenaikan harga barang tersebut

B) Definisi pengangguran   :   keadaan dimana tenaga buruh yang sanggup bekerja pada kadar upah tertentu tetapi masih belum mendapat pekerjaan

Sebab pengangguran perlu ditangani   :   

  i)Pembaziran sumber manusia. Kesannya pertumbuhan ekonomi terjejas
 ii)Kos sosial meningkat. Kadar jenayah akan meningkat
iii)Meningkatkan beban kerajaan. Perbelanjaan kerajaan akan meningkat iaitu bayaran pindahan             seperti elaun pengangguran
iv)Kemiskinan meningkat. taraf hidup masyarakat akan meningkat

 i)Dasar fiskal mengembang
 - menaikkan perbelanjaan kerajaan
*Ini akan menaikkan perbelanjaan agregat. Kesannya permintaan                                                             agregat akan meningkat. Maka pengangguran dapat diatasi 
 - menurunkan cukai 
*Ini akan meningkatkan pendapatan boleh guna. Kesannya penggunaan akan meningkat. Oleh itu, perbelanjaan agregat akan bertambah. Maka permintaan meningkat dan pengangguran dapat diatasi

  ii)Dasar kewangan menguncup 
- menambahkan bekalan wang atau menurunkan kadar bunga dengan membeli surat jaminan kerajaan/ mengurangkan rizab berkanun. Ini akan meningkatkan bekalan wang di pasaran. Ini menyebabkan kuasa beli masyarakat meningkat. Ini akan mengatasi masalah pengangguran

iii)Latihan dan kemahiran
iv)Penyebaran maklumat


C) Definisi pertumbuhan ekonomi   :   perkembangan kegiatan ekonomi yang digambarkan oleh kenaikan keluaran negara benar tahun semasa berbanding tahun sebelumnya

Sebab pertumbuhan ekonomi perlu ditangani   :

   i)Pertumbuhan ekonomi yang lembap akan menimbulkan masalah pengangguran

 i)Meningkatkan kemahiran buruh
 - melaui latihan/kursus dan ini akan meningkatkan daya pengeluaran buruh. Ini akan menyebabkan pengeluaran barang dan perkhidmatan dapat ditingkatkan

  ii)Meningkatkan teknologi
- menghantar pekerja ke luar negara untuk menimba dan membawa balik teknologi baru. Penggunaan alat-alat berteknologi tinggi akan meningkatkan produktiviti. Ini akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi

iii)Meningkatkan pelaburan 
- galakan kepada pelabur, mengurangkan kadar bunga, mengecualikan cukai pelaburan, menyediakan zon perindustrian, dan lain-lain

iv)Meluaskan pasaran
 - perluaskan pasaran sama ada dalam atau luar negara akan menggalakkan pertambahan keluaran

D) Definisi imbangan pembayaran   :   penyata kewangan yang merekodkan nilai semua urusniaga dan aliran wang yang dilakukan antara sebuah negara dengan negara yang lain

Sebab masalah imbangan pembayaran perlu ditangani  :

   i)Defisit imbangan pembayaran yang berterusan akan mengurangkan rizab mata wang asing.Ini akan menyebabkan kemerosotan nilai mata wang negara 
  ii)Import yang berlebihan mengurangkan kegiatan ekonomi dalam negara

 i)Menggalakkan eksport 
- memberi subsidi eksport, taraf perintis, intensif kepada industri eksport. Ini akan dapat meningkatkan jumlah eksport                    

ii)Mengawal import
 - mengenakan tarif kuota, maka jumlah import dapat dikurangkan

iii)Kawalan pertukaran asing
 - kerajaan perlu mengehadkan penjualan mata wang asing kepada pengimport                           

PETUNJUK EKONOMI  

KELUARAN NEGARA KASAR (KNK)

Definisi : Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran                         milik sesebuah negara dalam tempoh setahun

a) KNK nominal/semasa

Definisi : Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran                         milik sesebuah negara berdasarkan harga pada tahun dihitung

b) KNK benar

Definisi : Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran                         milik sesebuah negara berdasarkan harga tahun asas


IH0 = Indeks Harga Pengguna tahun asas
IH1 = Indeks Harga Pengguna tahun semasa

c) KNK potensi

Definisi : Jumlah barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik                       sesebuah negara apabila semua faktor digunakan iaitu KNK pada guna tenaga penuh

d) KNK sebenar

Definisi : Jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang sebenarnya dicapai oleh sesebuah negara dlam tempoh setahun

KITARAN PERNIAGAAN

Definisi : satu keadaan yang menunjukkan ekonomi sesebuah negara melambung atau meleset

KADAR INFLASI

Definisi : peratusan perubahan tingkat harga umum tahun semasa berbanding tahun sebelumnya

KADAR BUNGA

Definisi : ganjaran keatas modal dalam bentuk peratus / ganjaran yang dibayar ke atas penggunaan sejumlah modal dan diukur dalam bentu peratus

a) Kadar bunga nominal

Definisi : kadar bunga yang dikenakan keatas sejumlah modal yang dipinjam

b) Kadar bunga modal

Definisi : kadar bunga selepas mengambil kira perubahan tingkat harga umum iaitu perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar inflasi 

KADAR PENGANGGURAN

Definisi : peratus tenaga buruh yang tidak menjalankan kegiatan ekonomi / tidak bekerja berbanding tenaga buruh


KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI

Definisi : Peratus perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar benar tahun semasa (KDNK benart) berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar benar tahun sebelumnya (KDNK benar t-1)


AKAUN DAGANGAN 

Definisi : menunjukkan aliran nilai eksport dan import barang nampak dan diukur melalui imbangan dagangan
\
Imbangan dagangan = nilai eksport barang nampak - nilai import barang nampak

AKAUN DAGANGAN

Definisi : akaun yang mencatatkan semua urusniaga barang nampak, perkhidmatan, pendapatan dan pindahan semasa